BBN3402

Thursday, December 12, 2019

BBN3402Satu2019: Minggu 13 (Ulasan Buku Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi: Teori Dan Aplikasi)

Ulasan Buku Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi: Teori Dan Aplikasi


                 
Siti Nor Azielah Bt Mohamad
193012
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi
Penulis: Normaliza Abd Rahim
Tahun terbit: 2019
Tempat terbit:
Penerbit UMT, 
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Nerus
Terengganu, Malaysia
Harga: RM20


Buku ini mengandungi tujuh bab yang berkaitan dengan kajian wacana dan teori aplikasi. Bab 1 menghuraikan tentang definisi wacana yang dapat difahami dengan jelas dengan merujuk kepada wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Bab 2 pula memperincikan tentang teori dan pendekatan analisis wacana yang boleh digunakan dalam menganalisis data yang diperoleh. Antara teorinya ialah teori analisis wacana Brown & Yule (1983), teori analisis wacana Stubbs (1983), teori analisis wacana kritis ( Vandijk, 19677), teori wacana kritis oleh Fairclough (1995), strategi kesopanan oleh Brown & Levinson (1987) dan sebagainya. Bab 3 menghuraikan tentang Model Penceritaan Cerita Sosial melalui Cerita Kanak-kanak yang dapat membantu dalam memberikan kesedaran terhadap kanak-kanak istimewa dan model ini memberikan ruang kepada penyelidik, guru sekolah dan ibu bapa menjalankan aktiviti bercerita kepada mereka. Cerita sosial dan model penceritaan ini juga dapat memberi tindak balas dari kanak-kanak istimewa di samping dapat mendorong kajian yang lebih jauh dari aspek pemahaman ayat yang lebih kompleks dan juga situasi yang berbeza setiap hari. Secara keseluruhannya, penggunaan teori analisis wacana dan strategi komunikasi dalam kajian dapat memberi impak terhadap penyelidikan. Teori analisis wacana dan strategi komunikasi yang bersesuaian dengan kajian juga diambil kira supaya kajian lebih bermanfaat kepada individu yang berkaitan serta masyarakat keseluruhannya.

Review of Discourse Studies and Communication Strategies: Theory and Application
Discourse Studies and Communication Strategies: Theory and Application
Author: Normaliza Abd Rahim
Publication year: 2019
Place of publish:
UMT Publisher,
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Nerus
Terengganu, Malaysia
Price: RM20

This book contains seven chapters related to discourse studies and application theory. Chapter 1 describes the definitions of discourse that can be clearly understood by referring to textual form, text speech and interaction. Chapter 2 discusses the theory and approach of discourse analysis that can be used in analyzing the data obtained. Among them are Brown & Yule’s (1983) discourse analysis theory, Stubbs’s (1983) discourse analysis theory, critical discourse analysis theory (Vandijk, 1967), critical discourse theory by Fairclough (1995), Brown & Levinson’s (1987) and coping strategies. etc. Chapter 3 outlines the social story telling model through kids stories that help create awareness for special children, and it gives researchers, school teachers and parents the opportunity to engage in storytelling activities. These social stories and storytelling models can also respond to special needs children as well as drive further study of the more complex aspects of verse comprehension and everyday situations. Overall, the use of discourse analysis theory and communication strategies in research can have an impact on research. The discourse analysis theory and communication strategies relevant individual as well as the community as a whole.

No comments:

Post a Comment