Banyak pengalaman yang saya perolehi semasa mengambil kursus BBN3402 bersama Prof. Dr. Normaliza. Semestinya pengalaman yang saya dapat semua manis-manis belaka. Prof. Dr. Normaliza seorang yang baik hati dan banyak bertolak ansur dengan kami sekelas dalam menyiapkan tugasan. Di samping itu, ahli kumpulan juga yang banyak membantu, bekerjasama dan bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ‘segera’ yang diberikan oleh Prof. Selain itu, banyak juga saya pelajari tentang penterjemahan. Antaranya ialah, Prof memberikan pendedahan kepada saya dan rakan-rakan sekelas cara untuk terjemah petikan atau teks dengan pantas. Saya juga dapat mengetahui aplikasi-aplikasi yang digunakan dalam menterjemah bahasa seperti Chitchat dan Parallink. Dalam kelas ini juga, Prof. amat menekankan tentang masa. Kami juga belajar peka dan patuh dengan masa. Dalam kelas ini juga, jikalau kita patuh dengan masa, semua kerja kita akan tergendala dan tidak boleh diteruskan. Oleh hal yang demikian, kerja penterjemahan ini mesti mengikut kriteria yang diperlukan oleh pihak atasan. Masa amat penting dan arahan penterjemahan perlu diikuti dengan sebaik-baiknya.
Dalam kelas BBN3402, kami perlu menterjemah dua buah buku berdasarkan kriteria yang diberikan oleh Prof. Kami juga diberikan masa dalam menyiapkan tugasan ini. Selain tu, saya dan rakan-rakan sekelas perlu membuat cerita berdasarkan watak baik dan watak jahat yang diberikan oleh Prof dan perlu menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris. Watak-watak yang diberikan ialah watak haiwan. Seterusnya, kami mendengar cerita daripada Prof tentang kehidupannya dan perlu menterjemahkannya. Kami perlu mendengar satu persatu cerita Prof supaya tiada kesalahan dalam menterjemah. Sesungguhnya, kursus BBN3402 sangat memberikan pengalaman yang menarik dalam mempelajari sesuatu yang baru🥰.
BBN3402
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
TERJEMAHAN RESEPI Siti Nor Azielah Bt Mohamad (193012) RED CURRANT SLUSH SORBET Just as with ice cream, the glorious thing ...
-
Ulasan 200 Quotes For You... For Us... Siti Nor Azielah bt Mohamad 193012 Ulasan buku 200 Quote...
-
PENANDA WACANA Siti Nor Azielah Bt Mohamad 193012 BAB PENANDA WACANA DISCOURSE MARKERS 5 Walau ba...
No comments:
Post a Comment