BBN3402

Tuesday, November 26, 2019

BBN3402Satu2019: MINGGU 11 (CERITA BINATANG)



Siti Nor Azielah Bt Mohamad

193012


Quotes bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
1
Do not judge me by just looking at my appearance
Talk to me and you will know more about me
Jangan menilai saya dengan wajah sahaja, bercakap dengan saja anda akan tahu lebih banyak tentang saya
2
In order for me to be respectful, I have to respect others too
Untuk menghormati saya, saya juga harus menghormati orang lain
3
What I have today, will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do
Apa yang saya ada hari ini, tidak akan menjadi milik saya sekiranya saya tidak jujur. Bersikap jujur dalam semua yang anda lakukan
4
I can see in your eyes that you are kind person
Saya dapat melihat di mata anda bahawa anda orang baik
5
No matter how bad a person treats you, you are still the best person to talk to
Tidak kira betapa buruknya seseorang memperlakukan anda, anda masih orang yang paling baik untuk bercakap dengannya



Hari ini hari kelahiran bagi Raja Ulat Hijau. Pada hari kelahirannya itu, Raja Ulat Hijau ingin mengadakan Pertandingan Ratu Cantik di istana. Oleh itu, raja telah menitahkan angkatan tenteranya iaitu tiga ekor angsa untuk memaklumkan kepada rakyat di negerinya pada beberapa hari yang lalu. Biri-biri dan badak sumbu berasa teruja dengan makluman tersebut. Mereka ingin menyertai pertandingan tersebut. Badak sumbu merasakan dia akan menang. Sementara itu, biri-biri menyediakan baju gaunnya untuk menghadiri pertandingan itu. Biri-biri merupakan seekor biri-biri yang paling cantik mengalahkan haiwan yang lain. Badak sumbulah paling iri hati dengannya. Ayam jantan pula sukakan biri-biri. Namun, biri-biri tidak menyukainya kerana perangainya yang suka kacau haiwan yang lain. Ayam jantan berasa marah kerana biri-biri tidak mengendahkannya.

Pada hari kemuncaknya itu, biri-biri dengan pakaian yang cantik menuju ke istana. Malang tidak berbau, biri-biri terjatuh ke dalam lumpur. Dia berasa amat sedih namun langkahnya tetap diatur untuk ke istana. Dia diketawakan oleh semua haiwan di dalam istana terutamanya badak sumbu dan ayam jantan. Badak sumbu dapat merasakan bahawa dia akan memenangi dalam pertandingan itu. Keputusan pertandingan ratu cantik diumumkan. Biri-biri telah dinobatkan sebagai Ratu Cantik. Dia berasa terkejut apatah lagi badak sumbu dan ayam jantan. Raja ulat beluncas memberikan hadiah kepada biri-biri. Raja tersebut mengatakan bahawa biri-biri memang layak untuk menerima hadiah tersebut. Tambah Raja lagi, “apa yang saya ada hari ini, tidak akan menjadi milik saya sekiranya saya tidak jujur. Bersikap jujur dalam semua yang saya lakukan”. Raja mengatakan sebegitu kerana dia mengetahui bahawa ayam jantan bersepekat dengan badak sumbu mengkhianati biri-biri. Ayam jantan dan badak sumbu berasa malu dan mengatakan “Untuk menghormati saya, saya juga harus menghormati orang lain”. Mereka meminta maaf kepada biri-biri. Biri-biri “Tidak kira betapa buruknya seseorang memperlakukan anda, anda masih orang yang paling baik untuk bercakap dengannya” dan biri-biri memaafkan mereka. Tambahnya lagi, “Saya dapat melihat di mata anda bahawa anda orang baik dan jangan menilai saya dengan wajah sahaja, bercakap dengan saja anda akan tahu lebih banyak tentang saya”. 180 patah perkataan

No comments:

Post a Comment